hehe

anda orang yang ke ;
website tracking statistics

12 March 2011

khasiat SURAHYASIN~

KERBERKATAN YAASIIN  
(DR FATMA EL ZAHRAA)
Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang

ayat-ayat ;
1-9 ; Untuk keselamatan diri

9 ; Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

12 ; Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

13-35 ; Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

22-23 ; Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

29 ; Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
     ; Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

30 ; Untuk keinsafan [Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya)].

32 ; Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
*Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam

33-35 ; Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuktanam. Tanaman akan subur

36 ; Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
*Ayat ini elok diamalkan bagisesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa.Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

37 ; Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

38 ; Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

39 ; Mengisahkan ilmu falak.

40 ; Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

41 ; Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal (Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan).

44 ; Mengisahkan keseronokan hidup di dunia (Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup).

45-48 ; Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

49 ; Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
*Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
*Tiupan 2 - Hancur
*Tiupan 3 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

50 ; Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

58 ; Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3kali.

76 ; Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
     ; Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

78-79 ; Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.
*Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. “dia berkata, Siapakah yang dapatmenghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"

78 dan 79 ; Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan ke patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini. Ayat 78 bermula dengan Qala.

79 ; Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya> pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

82 ; Untuk Hajat
     ; Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. *Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
*Caranya ; Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut
                  Baca pada air (100x)
                  Dan berdoa apa sahaja hajat
                  Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
                  Buah Zaiton - Elok untuk kulit
                  Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
                  Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
                  Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Wallahualam.


No comments:

Post a Comment